Powered By Blogger

di lautan biru

di lautan biru
syok nye berkayak di Pantai Pandan, Lundu

SAAT GEMILANG YG KUNANTIKAN...

SAAT GEMILANG YG KUNANTIKAN...
langkah bermula dgn bismillah...

hidup ini sentiasa diuji

ujian demi ujian akan dilalui...ujian di dunia yg dtgnya drpd Allah utk menguji kesabaran manusia..utk memberi manusia berfikir..ujian yg dtgnya drpd manusia hny utk mencari penilaian 'cemerlang atauu gagal'..berapa byk A yg dicapai..itulh hakikatnya ujian..

Ahad, 9 Jun 2013

tugas yg menanti..dengan tanggungjawab ibu...

10 Jun bakal dibuka sesi persekolahan penggal kedua...5Jun dh sibuk mencetak latihan utk anak murid tahun 6. cikgu berusaha mencari pelbagai latihan ulang kaji untuk memantapkan keputusan Bahasa Melayu UPSR 2013. Al-maklumlah ni tahun pertama ajar kelas tahun 6 sepenuhnya di SJK C. Tambahan lagi, aku ni bangsa Melayu yang agak dipandang rendah oleh bangsa tu..Apakan daya, sudah ditakdirkan aku mengajar di sekolah itu.Namun, aku berusaha memberikan latihan kepada anak murid  untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu..
.Dunia sekarang ni, mana-mana sekolah pun kerenah dan kenakalan anak muridnya sama saja. KAlau anak murid yang sebangsa denganku, boleh jugak baca ayat pelembut hati nak bagi dengar kata. Apa-apa pun, aku berdoa agar setiap urusan harianku dipermudahkan Allah.
      Setiap hari Selasa dan Rabu ada kelas bimbingan UPSR..mula 7.10-7.40 pagi. Aku dah beritahu kepada GB."tiap hari saya sampai ke sekolah dalam 7.15 sebab anak saya masih kecil, kadang2 dia ok..dapatlah saya sampai awal.kalau xok, memang lewat". dia kata, "awak mesti datang awal tu bukan masalah saya". geram betul aku bila dia kata macam tu. sekarang ni, aku buat ikut kepala aku lah. "mintak tolong member edarkan latihan kepada budak. aku sampai sekolah terus pergi ke kelas". Dia nak marah pun lantak lah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ilmu yang dikongsikan ini gunakanlah untuk kebaikan bersama