Powered By Blogger

di lautan biru

di lautan biru
syok nye berkayak di Pantai Pandan, Lundu

SAAT GEMILANG YG KUNANTIKAN...

SAAT GEMILANG YG KUNANTIKAN...
langkah bermula dgn bismillah...

hidup ini sentiasa diuji

ujian demi ujian akan dilalui...ujian di dunia yg dtgnya drpd Allah utk menguji kesabaran manusia..utk memberi manusia berfikir..ujian yg dtgnya drpd manusia hny utk mencari penilaian 'cemerlang atauu gagal'..berapa byk A yg dicapai..itulh hakikatnya ujian..

Selasa, 10 April 2012

RESIPI LAKSA UTARA (resipi Keluargaku)

BAHAN2:
1bungkus laksa "EKA"(direndam)
11/2kg ikan kembung/selar/selayang(A)
20bj cili kering (direbus)(B)
4 ulas bawang besar(B)
segenggam daun kesum (B)
4 keping asam gelugur 
garam & ajinomoto secukup rasa
air (ikut keperluan)

CARA2 MEMBUAT:
  1. rendam laksa lbh krg 1jam. kemudian rebus dgn api perlahan bg memudahkan laksa masak dgn elok.(nk laksa jd putih bubuh asam gelugur 2kpg masa rebus).
  2. cara buat kuah: BAHAN A:siang ikan dan buang kepalanya (supaya kuah tidak menjd kekelabuan) cuci hga bersih.kemudian rebus.
  3. untuk menjadikan kuah agak pekat, selepas rebus asingkan isi ikan daripada tulangnya.(kalau xmau asingkan isi dgn tulang pn boleh. tp kuah jd agak cair) kemudian kisar isi ikan +air sikit terlebih dahulu.seterusnya baru kisar tulang ikan+air sikit..(tapiskan supaya dapat diambil airnya shj).kemudian masukkan isi ikan +air tulang ikan ke dalam 1 bekas.
  4. setelah ikan dikisar, BAHAN B:kisarkan pula bawang, cili kering dan sedikit daun kesum.
  5. kemudian, masakkan bahan B sehingga hampir kering.(kuah lebih sedap) kemudian baru masukkan bahan A tambah air ikut keperluan (jgn terlalu pekat @cair). tambah garam,ajinomoto, asam gelugur, daun kesum yg msih ada dan bunga kantan. rebus kuah hingga mendidih.
  6. padamkan api..sedia dihidang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ilmu yang dikongsikan ini gunakanlah untuk kebaikan bersama