Powered By Blogger

di lautan biru

di lautan biru
syok nye berkayak di Pantai Pandan, Lundu

SAAT GEMILANG YG KUNANTIKAN...

SAAT GEMILANG YG KUNANTIKAN...
langkah bermula dgn bismillah...

hidup ini sentiasa diuji

ujian demi ujian akan dilalui...ujian di dunia yg dtgnya drpd Allah utk menguji kesabaran manusia..utk memberi manusia berfikir..ujian yg dtgnya drpd manusia hny utk mencari penilaian 'cemerlang atauu gagal'..berapa byk A yg dicapai..itulh hakikatnya ujian..

Ahad, 29 Disember 2013

RIANG RIA...

Alhamdulillah..cuti sekolah hampir berlalu.Selama sebulan umi dan Irfan habiskan masa di kampung dengan kebenaran walid.Syok tak terkatalah Irfan apabila dapat bertemu dengan abang-abang sepupunya. Tak boleh hilang sikit, mesti tanya, "mak, adik Ifan mana?"..."Ngah nak pi klinik sama ka?"...Inilah antara ayat yang sering keluar daripada mulut anak-anak sedaraku...
     Tiap-tiap pagi adik bongsuku perlu melakukan cucian pada tempat lukanya. Jadi, kesempatan ini telah diambil oleh Irfan untuk ikut sama. Umi pun bawalah..dengan syoknya Irfan bila umi kata nak bawa main air Gua Kelam. Main sampai menggigil kesejukan dek kerana air bukit..
nak main ayaq tapi sejuk...



abang-abang sepupu

Sabtu, 22 Jun 2013

puding roti coklat..

bahan2:
10 keping roti putih/gandum penuh
1-2 bj telur ayam
1-2 sudu makan gula
sedikit esen vanila
2sudu mkn serbuk koko
1tin susu cair

cara2 membuatnya:
1. rendamkan roti dgn susu cair 5minit.
2. masukkan telur , esen, gula dan roti yg telah direndam bersama susu ke dlm bekas pengisar.
3. kisar bahan hingga halus.
4. panaskan oven pd suhu 180darjah celsius.
5. sapu majerin pd loyang saiz sederhana..
6. bahan2 yg siap dikisar dibahagikan kpd 2 bahagian..(A dan B)
7. Bahagian A, masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati..Bahagian B, tuangkan ke dlm loyang..kemudian tuang bahagian A ke tgh loyang * bleh ikut kreativiti tersendiri...
8. masukkan ke dlm oven, bakar hingga masak. anggaran masa :40 minit...

Ahad, 9 Jun 2013

tugas yg menanti..dengan tanggungjawab ibu...

10 Jun bakal dibuka sesi persekolahan penggal kedua...5Jun dh sibuk mencetak latihan utk anak murid tahun 6. cikgu berusaha mencari pelbagai latihan ulang kaji untuk memantapkan keputusan Bahasa Melayu UPSR 2013. Al-maklumlah ni tahun pertama ajar kelas tahun 6 sepenuhnya di SJK C. Tambahan lagi, aku ni bangsa Melayu yang agak dipandang rendah oleh bangsa tu..Apakan daya, sudah ditakdirkan aku mengajar di sekolah itu.Namun, aku berusaha memberikan latihan kepada anak murid  untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu..
.Dunia sekarang ni, mana-mana sekolah pun kerenah dan kenakalan anak muridnya sama saja. KAlau anak murid yang sebangsa denganku, boleh jugak baca ayat pelembut hati nak bagi dengar kata. Apa-apa pun, aku berdoa agar setiap urusan harianku dipermudahkan Allah.
      Setiap hari Selasa dan Rabu ada kelas bimbingan UPSR..mula 7.10-7.40 pagi. Aku dah beritahu kepada GB."tiap hari saya sampai ke sekolah dalam 7.15 sebab anak saya masih kecil, kadang2 dia ok..dapatlah saya sampai awal.kalau xok, memang lewat". dia kata, "awak mesti datang awal tu bukan masalah saya". geram betul aku bila dia kata macam tu. sekarang ni, aku buat ikut kepala aku lah. "mintak tolong member edarkan latihan kepada budak. aku sampai sekolah terus pergi ke kelas". Dia nak marah pun lantak lah...

suka2 sj...

coretan di blog ni hanya sekadar suka2 sj..kdg2 ada idea kdg2 xda idea..apabila ada idea baru mula lh jari-jemari ni rasa gatal nak menaip..itupn tatkala anak tidur...melayan kerenah si kecil ni sgt menyeronokkan..nnt dh besar, lain pula kerenahnya...alhamdulillah, dikurniakan anak yg suka senyum..itu yg membuatkan tok dan tokwan rindu...bangun pagi mesti senyum..kalau menangis  walid pujuk, sekejap sj kemudian senyumlh...ataupun bgun tidur umi beri salam,anak umi akan senyum..mmg murah dgn senyuman..senyum itu kan sedekah...semoga anak umi dan walid terus berjaya di dunia dan akhirat...

Khamis, 6 Jun 2013

pes tom yam..cuba2 hingga menjadi...

bahan2 A (dikisar):
2 labu bwg besar*
10 ulas b.putih*
1inci halia
2 batang serai
10biji cabai kering*
daun ketumbar (pokoknya mcm daun sup..ambil dlm saiz jari kelingking )
daun limau purut (2helai)
1/2 cwn minyak masak  (utk tumis)
*3 bahan ni digoreng bersama terlebih dahulu hingga bwg layu..

bahan2 B
1/2cwn air gula merah (agak2)
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa

langkah2 menghasilkan pes tomyam:
1. panaskan minyak ke dalam kuali. tumiskan semua bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2. masukkan bahan B. tumis hingga pecah minyak dan air kisaran kering.
3. akhirnya, sejukkan dan boleh disimpan ke dalam bekas lalu dimasukkan ke dalam peti sejuk..bila nk guna buat tom yam, boleh ambil..xpayah nk beli pes tom yam di kedai...